Tuesday, September 7, 2021

SELAMAT BERKHIDMAT DI TEMPAT BAHARU

 

Sesi penyerahan surat perlantikan pengarah baharu disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi kepada Mej. (K) Mohd Noor bin Shahudin AMK yang telah dilantik sebagai Pengarah Kanan (Akademik) dan Encik Kamaludin bin Daud sebagai Pengarah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Kedah.

SELAMAT BERSARA

3 September 2021 - Majlis Clock Out bagi Tuan Haji Mohd Nasir Abd Ghani, Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan, JPPKK yang akan mula bersara wajib pada 6 September 2021. Turut berlangsung adlaah Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas kepada YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah JPPKK.


Wednesday, September 1, 2021

PROGRAM VAKSINASI

 

Pertamanya saya rakamkan di sini bahawa saya amat menghargai perkhidmatan seluruh warga politeknik dan kolej komuniti yang terus menyumbang bakti kepada lebih 100,000 pelajar di seluruh negara, lebih-lebih lagi sewaktu pendemik ini. 

Status COVID-19 kini amat membimbangkan kita semuanya. Hampir 590,000 orang telah dijangkiti. Kes baharu berlegar sekitar 7,000 setiap hari, manakala, kes kematian telah melebihi 2,900 orang. Saya menyeru agar semua warga untuk sentiasa patuh kepada SOP, sama ada di rumah atau di tempat kerja. Ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Percayalah COVID-19 adalah benar. Pengalaman saya dan beberapa orang pegawai di Jabatan sewaktu dijangkiti COVID-19 pada bulan Mac 2021 lalu bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Semasa dikuarantin di MAEPS selama 10 hari, ianya membuka mata kepada penderitaan yang dialami oleh rakan-rakan pesakit yang amat memilukan. Ada anak yang terpaksa terpisah dengan ibunya, ada rakan yang mengalami demam dan sesak nafas dan ada juga kalangan mereka yang tidak mempunyai apa-apa simptom tetapi merupakan 'super spreader.'

Kami tidak tahu dari mana kami mendapat jangkitan, berkemungkinan besar daripada tempat kerja. Walaupun kami yakin semua SOP telah kami patuhi, oleh kerana terdapat varian baharu dan banyak kes sporadik, jangkitan ini sukar dielakkan. Yang menggusarkan lagi, ahli keluarga kami juga turut dijangkiti. Berkat doa, kerja keras frontliners dan rahmat Allah SWT, kami pulih juga akhirnya, walaupun ada kalangan kami yang mempunyai kompilasi tertentu.

Saya menyeru kepada semua warga untuk teruskan usaha murni tuan-tuan dan puan-puan memberi perkhidmatan terbaik kepada anak-anak bangsa kita dengan terus akur pada SOP COVID-19.

Dalam masa yang sama, saya menyeru agar semua warga politeknik dan kolej komuniti menyertai program vaksinasi peringkat kebangsaan kerana ianya akan membantu memutuskan rantaian jangkitan. Pada bulan Mac lalu, pihak Jabatan juga telah mengemukakan permohonan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia agar semua warga termasuk pelajar politeknik dan kolej komuniti diberi keutamaan dalam program vaksinasi. Sama-samalah kita berdoa agar masa mencabar ini dapat kita harungi dengan selamat.

Terimakasih warga Politeknik dan Kolej Komuniti, Anda dihargai.

Ikhlas dari saya,

Zainab Ahmad (3 Jun 2021)



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN

 

Saksikanlah Ucapan dan Pengumuman Khas sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 oleh Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti pada 30 Ogos 2021 jam 4.00 petang di saluran Facebook KP JPPKK.

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...