PUTRAJAYA 21 Feb - Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan KOlej Komuniti (JPPKK) oleh YBrs. Ts. Zainab Ahmad telah diadakan pada hari ini di Ibu Pejabat JPPKK, Galeria PjH. Bertemakan Melestarikan Ekosistem, Mengadaptasikan Pendigitaln, majlis ini telah dilaksanakan secara hidbrid iaitu live streaming menerusi platform Youtube politeknik dan kolej komuniti dan kehadiran fizikal dengan pematuhan kepada SOP yang ketat.
Warga politeknik dan kolej komuniti dari seluruh negara tidak melepaskan peluang untuk turut bersama-sama menyaksikan dan mendengar serta mengamati amanat yang disampaikan untuk dijadikan sebagai panduan mengharungi tahun 2022 ini agar terus menjadi lebih cemerlang. Pada majlis sama turut diadakan Pelancaran Buku Pelan Tindakan Pemulihan dan Garis Panduan Pengoperasian Politeknik dan Kolej Komuniti Pasca COVID-19. Disamping itu, turut diadakan pelancaran Portal Community College Management System (CCMS)
Selain itu, pada majlis sama juga turut diadakan penyampaian anugerah dan sijil kepada institusi cemerlang pada tahun 2021 yang lalu antaranya Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) dan Kolej Komuniti Selayang yang merangkul Anugerah Institusi Cemerlang Bagi Kebolehpasaran Graduan Tahun 2021, Politeknik UNgku Omar dan Kolej Komuniti Taiping telah menjulang Anugerah Institusi Cemerlang Bagi Pembelajaran Sepanjang Hayat Tahun 2021, manakala Anugerah Institusi Cemerlang Bagi Kolaborasi Impak Tinggi Tahun 2021 pula dianugerahkan kepada Politeknik Kuching dan Kolej Komuniti Miri.
Turut serta pada majlis aspirasi ini ialah pengurusan tertinggi JPPKK serta Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti.