Wednesday, May 18, 2022
Friday, May 13, 2022
SELAMAT BERJUANG ATLET POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI
Selamat berjuang buat enam atlet Politeknik dan Kolej Komuniti yang mewakili Malaysia ke SEA GAMES 2021/2022 di Hanoi Vietnam iaitu
- Aizek Hakim bin Sapingan (Petaque) - Politeknik Merlimau Melaka
- Muhammad Syafiq bin Zubir (Teakwondo) - Politeknik Nilai
- Koay Hao Sheng (Tenis) - Politeknik Ibrahim Sultan
- Ahmad Atif Irsyad bin Ahmad Zahidi ( Silat) - Kolej Komuniti Rompin
- Fu Cern A/L Put Thai (Teakwondo) - Kolej Komuniti Hulu Langat
- Kabilan Jelevan A/L Thiagarajan (Muay Thai) - Kolej Komuniti Hulu Langat
Anda adalah kebanggaan POLYCC. Semoga beroleh kejayaan.
Tuesday, May 10, 2022
TAHNIAH DAN SYABAS
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Keputusan pemangkuan boleh disemak melalui portal e-SIS mulai 9 Mei 2022.
PERTUKARAN PENGURUSAN
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBrs. Ts. Zainab Othman atas perlantikan sebagai Pengarah Bahagian Kompetensi dan Peningkatan Kerjaya, JPPKK, Encik Dullah bin Muluk, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu serta YBrs. Dr. Nor Haniza binti Mohamad sebagai Pengarah Politeknik Tawau yang baharu berkuatkuasa mulai 9 Mei 2022.
Pertemuan ringkas dan penyerahan surat perlantikan telah disempurnakan oleh YBrs Dr. Zubaidah binti Aman, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK di pejabat beliau pagi ini. Hadir sama ialah YBrs. Encik Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi) JPPKK.
MAJLIS PENASIHAT INDUSTRI JPPKK
KENALI MAJLIS PENASIHAT INDUSTRI JPPKK
YBhg Tan Sri Dato' Azman Shah Dato' Seri Haron merupakan Pengerusi Antara Holiday Villa Sdn Bahd dan merupakan Ahli Majlis Penasihat INdustri JPPKK. Antara Holiday Villa Sdn Bhd memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran kebolehpasaran graduan serta pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang hospitaliti.
YBhg Tan Sri Dato' Sri Sufri Hj. Mohd Zin merupakan Presiden bagi Master Builders Association Malaysia (MBAM) dan merangkap Pengerusi Majlis Penasihat Industri JPPKK. MBAM memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan serta pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang pembinaan.
YBhg. Dato' Seri (Dr.) Michael Tio, Group Chief Executive Officer dan Managing Director PKT Logistics Group merupakan Ahli Majlis Penasihat Industri JPPKK. PKT Logistics Group memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan serta pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang logistik.
YBhg. Dato' Palaniappan Joseph Council Member, Federation of Malaysian Manufacturers (FMM). YBhg Dato' memainkan peranan penting dalam meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran graduan serta pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti dalam bidang perkilangan.
"PEMANTAPAN JARINGAN KOLABORASI STRATEGIK JPPKK"
SELAMAT HARI RAYA AIDIFITRI
Salam Aidilfitri buat semua warga Politeknik dan Kolej Komuniti diseluruh Malaysia.
Ikhlas daripada Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti bersama pengurusan tertinggi JPPKK.
KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS
Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...

-
Sesi penyerahan surat perlantikan pengarah baharu disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian ...
-
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas perlantikan pegawai-pegawai berikut : YBrs Dr. Norhayati bin Ibrahim Pengarah bahagian Koor...
-
Ipoh : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan melakukan siasatan terperinci sekiranya terdapat aduan mengenai kemas...