Tuesday, November 22, 2022

SEKITAR MAJLIS PERSARAAN KP

 

KETUA PENGARAH JPPKK BERSARA WAJIB SELEPAS 37 TAHUN MENABUR BAKTI DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Ipoh, 19 Oktober 2022 - Hari ini telah diadakan Majlis Amanat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bersama warga politeknik dan kolej komuniti di Politeknik Ungku Omar (PUO) disini sempena hari terakhir beliau dalam perkhidmatan kerajaan kerana akan bersara wajib berkuatkuasa mulai 20 Oktober 2022. Pemilihan PUO sebagai lokasi majlis adalah kerana disinilah bermulanya perjalanan karier YBrs. Ts. Zainab Ahmad yang memulakan perkhidmatansebagai pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik pada tahun 1985.

Pada majlis ini YBrs. Ts. Zainab Ahmad telah diberikan penghormatan tabik hormat daripada pelajar jurusan Kejuruteraan Marin, PUO dan juga disambut meriah oleh Kumpulan The Anson Stompers dari Kolej Komuniti Teluk Intan (KKTI). YBrs Ts. Zainab Ahmad dalam amanat dan ucapan beliau turut berkongsi kenangan manis, pahit getir sepanjang 37 tahun berkhidmat sebagai penjawat awam.

Saya amat bersyukur apabilan sampai ke umur 60 tahun, Allah telah panjangkan usia, telah melalui zaman kanak-kanak dan zaman pendidikan dan Insyaa Allah akan melalui zaman persaraan, katanya.

YBrs. Ts Zainab Ahmad turut berterima kasih kepada hadirin yang sudi hadir ke majlis terakhir beliau berada di dalam sektor awam. Beliau turut berterima kasih kepada warga POLYCC di atas sumbangan bakti dan memberi bantuan, sokongan dan kerjasama bukan sahaja kepada beliau malah kepada anak bangsa. Pada majlis itu juga, YBrs. Ts. Zainab Ahmad telah mengadakan gimik 'thumb print', penyerahan dan menandatangani plak momento serta penyerahan cenderahati.

Setelah selesai majlis tersebut, YBrs Ts. Zainab Ahmad telah dibawa ke Jabatan Kejuruteraan Elektrik dengan menaiki kereta klasik dan beliau berkesempatan melawat ke lokasi tertentu sepenjang beliau berkhidmat disini. Selesai sesi lawatan tersebut, YBrs Ts. Zainab Ahmad telah melakukan 'clock out' terakhir beliau tepat pada jam 4.30 petang.



SYABAS DAN TAHNIAH

 

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Dr Haji Mohd. Zahari bin Ismail atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang baharu, ikhlas daripada warga Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti.




Monday, November 7, 2022

SELAMAT BERSARA KETUA PENGARAH JPPKK


Seluruh warga Politeknik Muadzam Shah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas segala jasa yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatannya. YBrs. Ts. Zainab Ahmad telah mula bertugas dalam perkhidmatan awam bermula 20 Ogos 1985 sehingga 19 Oktober 2022. Selamat bersara YBrs. Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...