Monday, September 4, 2023

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

 

Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampir 20 peratus pada Sesi Akademik 1 2023/2024, demikian menurut Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pendidikan Tinggi.

Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohd Zahari Ismail berkata statistik pendaftaran pelajar baharu setakat 25 Ogos menunjukkan politeknik dan kolej komuniti menerima kemasukan pelajar baharu seramai 26,539 orang bagi sesi kali ini berbanding tahun lepas atau sesi sebelum ini iaitu 22,634 pelajar.

"Ianya merupakan satu lonjakan yang agak besar dan sesuatu diluar jangkaan kita. Saya ingin mengucapkan tahniah terutamanya kepada Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar, JPPKK atas usaha berterusan mereka untuk meningkatkan enrolmen pelajar di politeknik dan kolej komuniti," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata daripada 36 politeknik seluruh negara, 10 daripadanya turut berjaya mencatatkan penerimaan kemasukan pelajar baharu yang cemerlang apabila melebihi 100 peratus, manakala 24 daripada 105 kolej komuniti pula menerima kemasukan pelajar yang amat memberangsangkan.

Antara bidang pengajian yang mendapat permintaan tinggi di politeknik dan kolej komuniti ialah kejuruteraan elektrik dan elektronik, kejuruteraan mekanikal (automotif), kejuruteraan awam, seni bina, teknologi makanan, teknologi maklumat (teknologi digital), teknologi kreatif, seni kulinari, bidang perdagangan dan bidang pelancongan dan hospitaliti.

"Sesi pendaftaran pelajar masih dibuka sehingga 18 September depan dengan menyasarkan seramai 32,000 orang pelajar baharu akan hadir mendaftar di politeknik dan kolej komuniti bagi sesi kali ini," katanya.

Monday, March 13, 2023

PETIKAN KATA-KATA KPPPKK

 

Berikut adalah Buku Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk rujukan warga politeknik.



PENCAPAIAN 100 HARI KP PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI


Shah Alam, 1 Mac 2023 - YBrs. Dr Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah bersama-sama dalam sesi bual bicara 10 Hari Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang diadakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Program yang juga bersiaran langsung melalui laman rasmi Youtube POLYCCOfficial dan mendapat jumlah tontonan lebih 7,000 penonton ini telah memberi peluang kepada KPPPKK dalam berkongsi berkenaan pencapaian sempena genap 100 hari beliau meneraju JPPKK.

Antara intipati pada sesi bual bicara tersebut ialah antaranya, memastikan kecemerlangan para graduan TVET POLYCC ini menyumbang kepada pembinaan masyarakat MADANI, empat (4) iltizam telah digarap oleh KPPPKK iaitu Kesepadanan Pekerjaan dan Kebolehpasaran Graduan POLYCC; Perkembangan Kejaya Graduan POLYCC sebagai Job Creator; POLYCC Global dan Pembangunan Pelajar Holistik.



Tuesday, February 21, 2023

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN

 

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas perlantikan pegawai-pegawai berikut :

YBrs Dr. Norhayati bin Ibrahim

  • Pengarah bahagian Koordinasi TVET, JPPKK

YBrs. Encik A.Azman bin Arshad

  • Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, JPPKK

YBrs. Encik Hasan bin Mohd Sharif

  • Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPPKK

YBrs. Dr. Zamzam bin Mohd Walid

  • Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK

YBrs. Dr. Abd Rahim bin Awang

  • Pengarah Politeknik Bagan Datuk

YBrs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail

  • Pengarah Politeknik Kota Bharu

YBrs. Puan Zamra binti Derahman

  • Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

YBrs Encik Hisamudin bin Mohd Tamim

  • Pengarah Politeknik Mukah

YBrs. Encik Sani bin Said

  • Pengarah Politeknik Sandakan

Surat pelantikan ini telah disampaikan oleh YBrs Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Tarikh berkuatkuasa pada 16 Februari 2023. Selamat menjalankan tugas.

Wednesday, February 8, 2023

PERLANTIKAN & PEMANGKUAN PENGURUSAN TERTINGGI JPPKK

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pegawai-pegawai yang telah berjaya mendapat pemangkuan ke Gred Utama C dan perlantikan ke jawatan baharu yang telah berkuatkuasa pada 7 Februari 2023. 

Semoga dengan lantikan dan pemangkuan ini memberi semangat baharu buat pegawai-pegawai ini untuk merealisasikan aspirasi POLYCC sebagai pemacu Malaysia Madani.




JPPKK SIASAT JIKA WUJUD MASUK POLITEKNIK SECARA WALK-IN

 

Ipoh : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan melakukan siasatan terperinci sekiranya terdapat aduan mengenai kemasukan pelajar khususnya ke institusi itu dibuat secara datan terus (walk-in) tanpa melalui prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JPPKK, Dr Mohd Zahari Ismail berkata, sehingga kini beliau belum mendapat maklumat lengkap mengenai dakwaan itu.

"Kita kena laksanakan siasatan terperinci,(kerana) saya tidak mendapat maklumat lengkap," katanya selepas menyempurnakan majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK Tahun 2023 di Politeknik Ungku Omar di sini, hari ini. Beliau menjawab pertanyaan media bahawa ada pentadbir di politeknik tertentu sedang berjuang dan bergelut sehabis mungkin (struggle) bagi mencari pelajar untuk mendaftar masuk ke politeknik sehingga ada antaranya menawarkan pendaftaran secara walk-in.

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda melalui UPUOnline dibuka bermula hari ini hingga 28 Mac depan bagi permohonan fasa pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi fasa kedua termasuk bagi kemasukan ke 36 buah politeknik serta 105 kolej komuniti. 

Sementara itu, Mohd Zahari berkata, tidak seharusnya timbul isu kekurangan pelajar mendaftar di politeknik dikaitkan dengan adanya program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kendalian institusi yang bernaung di bawah kementerian, jabatan, agensi atau institusi lain.

Menurutnya, institusi TVET walaupun di bawah kementerian yang pelbagai ia berperanan untuk saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya susulan penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET) pada 2020 yang kini fungsinya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia (KSM). "Semua agenda TVET termasuk dari segi kebolehpasaran graduan dan sebagainya akan diselaraskan dibawah MTVET," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Zahari berkata, POLYCC yang merangkumi institusi politeknik dan kolej komuniti masih merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara iaitu meliputi 40 peratus dengan kekuatan seramai 10,211 kakitangan serta 98,045 orang pelajar di seluruh negara.

Menurutnya, POLYCC juga berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduannya iaitu 90 peratus sepanjang tiga tahun berturut-turut dengan sepanjang tahun lalu kadar kebolehpasaran graduan politeknik adalah 95.32 peratus dan 96.66 peratus bagi kolej komuniti.

Sumber Harian Metro, Februari 7,2023.

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...