Tuesday, August 31, 2021

DARI HATI SEORANG IBU

 

Dari hati seorang ibu...

Saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian semua calon yang memperoleh keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada hari ini. Walaupun pandemik COVID-19 memberi kesan kepada cara pembelajaran, namun saya yakin semangat untuk berjaya dan dedikasi para guru dalam menyampaikan ilmu telah menyuntik semangat anda semua untuk melakukan yang terbaik dalam peperiksaan ini.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak-anak. Sesungguhnya dorongan motivasi serta doa ahli keluarga memainkan peranan penting bagi melonjakkan prestasi para pelajar.

Ibu bapa yang dikasihi sekelian, selepas keputusan SPM diumumkan pada hari ini, kecemerlangan dan kejayaan anak akan bermula dengan mereka melangkah ke pendidikan tertiari. Minat, kecenderungan, bakat dan kebolehan anak-anak adalah berbeza. Ibu bapa harus menerima perbezaan ini dan meraikan keistimewaan setiap anak. Berikanlah mereka peluang untuk memilih bidang yang mereka minati berdasarkan kepada permintaan serta peluang pekerjaan pada masa akan datang.

Pada mereka yang kurang berjaya, janganlah berputus asa dengan keputusan hari ini. Insya Allah berbekalkan semangat dan usaha tanpa jemu, kejayaan pasti anda kecapi pada suatu hari nanti. Bagi mereka yang memperoleh keputusan cemerlang pula, teruskan berusaha dalam memperoleh kejayaan demi kejayaan agar dapat menabur bakti kepada negara, bangsa dan agama.

Ikhlas dari saya

Zainab Ahmad (10 Jun 2021)


Saturday, August 28, 2021

TAHNIAH KEPADA KETUA PENGARAH JPPKK

 

5 JANUARI 2021
Shah Alam - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengucapkan kepada Ts zainab Ahmad atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baharu. Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan Zainab ialah wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Pengarah JPPKK dan berkuatkuasa mulai 5 Januari.

"Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) di JPPKK, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat serta Pengarah Bahagian Dasar dan Pembangunan Ko-Kurikulum JPPKK. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah JPPKK dan setelah penggabungan bersama Politeknik, beliau ditugaskan sebagai Pengarah Kanan (Akademik) di JPPKK."

"Antara sumbangan beliau dalam negara dan antarabangsa ialah menjadi wakil Malaysia di World Education Forum and Malaysia TVET Study to UK, British High Commission, London dan Scotland, United Kingdom dan di 4th EAS TVET Providers' Network Conference and KRIVET- UNEVOC - OVEC Capacity Building Workshop di Bangkok, Thailand." katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.

Noraini berkata, Zainab mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Kuasa), Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Loughborough University, United Kingdom.

Katanya, Zainab merupakan Ahli Majlis Akreditasi Kejuruteraan Teknologi (Engineering Technology Accreditation Council), Lembaga Jurutera Malaysia dan Professional Technologist, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Noraini berharap agar Zainab dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan dlaam mengekalkan kegemilangan JPPKK sebagai peneraju komuniti berilmu dan kemahiran unggul di dalam negara dan antarabangsa.
(Sinar Harian)


KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...