5 JANUARI 2021
Shah Alam - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengucapkan kepada Ts zainab Ahmad atas perlantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang baharu. Menteri KPT, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad memaklumkan Zainab ialah wanita pertama yang memegang jawatan Ketua Pengarah JPPKK dan berkuatkuasa mulai 5 Januari.
"Beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) di JPPKK, Pengarah Kolej Komuniti Hulu Langat serta Pengarah Bahagian Dasar dan Pembangunan Ko-Kurikulum JPPKK. Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Pengarah JPPKK dan setelah penggabungan bersama Politeknik, beliau ditugaskan sebagai Pengarah Kanan (Akademik) di JPPKK."
"Antara sumbangan beliau dalam negara dan antarabangsa ialah menjadi wakil Malaysia di World Education Forum and Malaysia TVET Study to UK, British High Commission, London dan Scotland, United Kingdom dan di 4th EAS TVET Providers' Network Conference and KRIVET- UNEVOC - OVEC Capacity Building Workshop di Bangkok, Thailand." katanya dalam kenyataan di Facebook pada Rabu.
Noraini berkata, Zainab mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Kejuruteraan Elektrik Kuasa), Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik), Loughborough University, United Kingdom.
Katanya, Zainab merupakan Ahli Majlis Akreditasi Kejuruteraan Teknologi (Engineering Technology Accreditation Council), Lembaga Jurutera Malaysia dan Professional Technologist, Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT). Noraini berharap agar Zainab dapat meneruskan kesinambungan pencapaian dan sumbangan dlaam mengekalkan kegemilangan JPPKK sebagai peneraju komuniti berilmu dan kemahiran unggul di dalam negara dan antarabangsa.
(Sinar Harian)
No comments:
Post a Comment