Monday, October 10, 2022

POLITEKNIK BESUT TERENGGANU TERIMA KAMPUS BAHARU


23 Ogos 2022, Besut - Hari ini telah diadakan Majlis Penyerahan Projek Kampus Baharu Politeknik Besut Terengganu (PBT) yang dihadiri oleh Puan Azlinda binti Azman, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

PBT merupakan Politeknik yang ke-34 di dalam sistem Politeknik Malaysia serta salah satu daripada 4 buah kampus di Terengganu yang beroperasi ketika ini. PBT memulakan operasi pada Jun 2017 di kampus sementara yang terletak di Mukim Kampung Raja, Besut. Politeknik ini bakal menyediakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) kepada bakal pelajar di seluruh negara amnya dan komuniti setempat khasnya. Antara kursus yang ditawarkan di PBT ini ialah Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital - DDT), Diploma Design Craft (DDC) dan Diploma Apperal Batik (DAB).

PBT yang telah siap sepenuhnya ini dilengkapi dengan pelbagai fasiliti yang moden dan terkini seperti dewan kuliah, bengkel, asrama, kefeteria, student plaza, taska, unit kesihatan, pusat islam, kemudahan wifi serta kemudahan sukan dan rekreasi. Turut hadir pada majlis ini ialah Ybhg. Dato' Ir. Dr. Balamurugan a/l Gopal, Pengarah Cawangan Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya (JKR), YBrs. Dr. Zubaidah binti Aman, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), YBrs. Ir. Haji Md Ridzwan bin C.Chik, Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu serta pengurusan tertinggi JPPKK dan PBT.

JPPKK juga merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak JKP selaku agensi pelaksana walaupun pembinaan kampus baharu PBT ini melalui pelbagai cabaran terutama ketika negara mengalami krisis wabak COVID-19 yang secara tidak langsung telah menjejaskan pelaksanaan projek pembangunan yang telah dirancang.



KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...