Tuesday, February 21, 2023

TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN

 

Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah atas perlantikan pegawai-pegawai berikut :

YBrs Dr. Norhayati bin Ibrahim

  • Pengarah bahagian Koordinasi TVET, JPPKK

YBrs. Encik A.Azman bin Arshad

  • Pengarah Bahagian Perancangan Program dan Institusi, JPPKK

YBrs. Encik Hasan bin Mohd Sharif

  • Pengarah Bahagian Peperiksaan dan Penilaian, JPPKK

YBrs. Dr. Zamzam bin Mohd Walid

  • Pengarah Bahagian Kurikulum, JPPKK

YBrs. Dr. Abd Rahim bin Awang

  • Pengarah Politeknik Bagan Datuk

YBrs. Sr. Haji Mohd Fikri bin Ismail

  • Pengarah Politeknik Kota Bharu

YBrs. Puan Zamra binti Derahman

  • Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

YBrs Encik Hisamudin bin Mohd Tamim

  • Pengarah Politeknik Mukah

YBrs. Encik Sani bin Said

  • Pengarah Politeknik Sandakan

Surat pelantikan ini telah disampaikan oleh YBrs Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail, Ketua pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Tarikh berkuatkuasa pada 16 Februari 2023. Selamat menjalankan tugas.

Wednesday, February 8, 2023

PERLANTIKAN & PEMANGKUAN PENGURUSAN TERTINGGI JPPKK

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pegawai-pegawai yang telah berjaya mendapat pemangkuan ke Gred Utama C dan perlantikan ke jawatan baharu yang telah berkuatkuasa pada 7 Februari 2023. 

Semoga dengan lantikan dan pemangkuan ini memberi semangat baharu buat pegawai-pegawai ini untuk merealisasikan aspirasi POLYCC sebagai pemacu Malaysia Madani.




JPPKK SIASAT JIKA WUJUD MASUK POLITEKNIK SECARA WALK-IN

 

Ipoh : Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) akan melakukan siasatan terperinci sekiranya terdapat aduan mengenai kemasukan pelajar khususnya ke institusi itu dibuat secara datan terus (walk-in) tanpa melalui prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JPPKK, Dr Mohd Zahari Ismail berkata, sehingga kini beliau belum mendapat maklumat lengkap mengenai dakwaan itu.

"Kita kena laksanakan siasatan terperinci,(kerana) saya tidak mendapat maklumat lengkap," katanya selepas menyempurnakan majlis Aspirasi Ketua Pengarah JPPKK Tahun 2023 di Politeknik Ungku Omar di sini, hari ini. Beliau menjawab pertanyaan media bahawa ada pentadbir di politeknik tertentu sedang berjuang dan bergelut sehabis mungkin (struggle) bagi mencari pelajar untuk mendaftar masuk ke politeknik sehingga ada antaranya menawarkan pendaftaran secara walk-in.

Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2023/2024 ke program asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda melalui UPUOnline dibuka bermula hari ini hingga 28 Mac depan bagi permohonan fasa pertama dan 15 Mei hingga 12 Jun depan bagi fasa kedua termasuk bagi kemasukan ke 36 buah politeknik serta 105 kolej komuniti. 

Sementara itu, Mohd Zahari berkata, tidak seharusnya timbul isu kekurangan pelajar mendaftar di politeknik dikaitkan dengan adanya program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) kendalian institusi yang bernaung di bawah kementerian, jabatan, agensi atau institusi lain.

Menurutnya, institusi TVET walaupun di bawah kementerian yang pelbagai ia berperanan untuk saling melengkapi antara satu sama lain terutamanya susulan penubuhan Majlis TVET Negara (MTVET) pada 2020 yang kini fungsinya diletakkan di bawah kendalian Kementerian Sumber Manusia (KSM). "Semua agenda TVET termasuk dari segi kebolehpasaran graduan dan sebagainya akan diselaraskan dibawah MTVET," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Mohd Zahari berkata, POLYCC yang merangkumi institusi politeknik dan kolej komuniti masih merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara iaitu meliputi 40 peratus dengan kekuatan seramai 10,211 kakitangan serta 98,045 orang pelajar di seluruh negara.

Menurutnya, POLYCC juga berjaya melepasi kadar kebolehpasaran graduannya iaitu 90 peratus sepanjang tiga tahun berturut-turut dengan sepanjang tahun lalu kadar kebolehpasaran graduan politeknik adalah 95.32 peratus dan 96.66 peratus bagi kolej komuniti.

Sumber Harian Metro, Februari 7,2023.

ASPIRASI KP JPPKK 2023

 

Berikut adalah sembilan aspirasi Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti 2023. Bersama ini dilampirkan pautan Buku Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti untuk rujukan.

https://drive.google.com/file/d/18Hb6qCBbZ1QcsKQNc6NqRgcwU4RGSrSt/view?usp=share_link


Tuesday, February 7, 2023

MAJLIS ASPIRASI KETUA PENGARAH JPPKK

 

Ipoh, 7 Februari 2023 : Dalam memperkukuhkan iltizam dan meningkatkan semangat sempena tahun baharu 2023, JPPKK hari ini telah mengadakan Majlis Aspirasi Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti yang disempurnakan oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail bertempat di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar (PUO) disini.

Dalam ucapannya, beliau telah berkongsi pencapaian JPPKK sepanjang tahun lepas. JPPKK yang kini memiliki 36 politeknik, 105 kolej komuniti dengan kekuatan seramai 10,211 orang staf dan 98,045 orang pelajar adalah merupakan penyumbang tenaga kerja teknikal terbesar negara iaitu 40 peratus.

Berteraskan falsafah negara MADANI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau telah menekankan Prinsip 3K iaitu Kebajikan, Keharmonian dan Keberkatan yang dijadikan sebagai prinsip bekerja baharu untuk menunjangi peralihan pengurusan yang mampan.

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...