Bertemakan 32 Tahun Budi Disanjung, Tuan Haji Noor Azizan Bin Itam yang merupakan anak jati dari Teluk Intan, Perak ini telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1988 di Politeknik Ungku Omar dan kini sudah 32 tahun dalam perkhidmatan.
Turut hadir pada majlis ini ialah Dr. Zaubaidah binti Aman, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) JPPKK, Encik Mohd Noor bin Shahudin, Pengarah Kanan (Akademik, JPPKK, Encik Roslee bin Yahya, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK, Pengarah-pengarah dan timbalan-timbalan pengarah bahagian JPPKK serta warga kerja JPPKK.
Sekalung penghargaan dan terima kasih diatas jasa dan khidmat bakti yang tidak ternilai di sepanjang perkhidmatan.
No comments:
Post a Comment