Kuala Besut, 8 September 2022 - Kementerian Pengajian Tinggi mengesyorkan agar kursus baharu yang bakal ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh negara perlu mengikut keperluan pasaran serta kehendak penduduk setempat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata kursus sesuai akan memudahkan pelajar yang tamat pengajian mendapat pekerjaan ditempat mereka sendiri.
Kursus yang ditawarkan tidak mengikut keperluan setempat menyebabkan apabila mereka tamat pengajian nanti, mereka sukar untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kursus yang diambil. Sehubungan itu, institusi dibawah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini perlu membuat kajian secara menyeluruh sebelum menawarkan kursus dikampus masing-masing, katanya semasa melakukan lawatan kerja ke kampus baharu Politeknik Besut dekat Bukit Keluang di sini hari ini.
Kampus itu yang siap Ogos lepas akan menerima kemasukan 150 pelajar pada awal bulan depan. Pengarahnya, Mukhtar Bakar berkata kumpulan itu adalah pelajar sedia ada yang sebelum ini melanjutkan pengajian di premis sementara yang beroperasi di kampung Raja di sini sejak lima tahun lepas.
Kampus bernilai RM 154 juta itu akan meningkatkan pengambilan pelajar baharu kepada 630 orang pada tahun hadapan dan ditambah sehingga mencapai kepasiti maksimum seramai 1,440 pelajar secara berperingkat. Buat masa ini, hanya satu kursus di sini iaitu Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) tetapi mulkai tahun hadapan, dua lagi kursus baharu akan ditawarkan iaitu Diploma Rekabentuk Kraf dan Diploma Penggayaan Batik, katanya.
Beliat berkata Politeknik Besut juga telah memohon tiga kursus baharu peringkat diploma untuk ditawarkan di kampus itu yang sesuai dengan keperluan setempat iaitu Teknologi Kejuruteraan Marin (Mekanikal), Pengurusan Hotel serta Pengajian Video dan Filem.
Sumber Bernama.
No comments:
Post a Comment