Sunday, January 8, 2023

SELAMAT BERSARA

 

PUTRAJAYA, 3 Januari 2023 - Pengarah Kanan (Kompetansi) JPPKK, Encik Roslee bin Yahya bersara wajib mulai 4 Januari 2023 setelah lebih 34 tahun menyumbang jasa dan bakti di dalam perkhidmatan khususnya dunia pendidikan.

Turut diadakan hari ini ialah Majlis ' Clock Out' yang diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Pengarah JPPKK, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail bersama-sama pengarah bahagian dan pengarah politeknik dan kolej komuniti di Tapak Perhimpunan, JPPKK.

Anak jati dari Negeri Sembilan ini memulakan kerjayanya sebagai pendidik di Politeknik Ungku Omar (PUO) pada tahun 1986 sehingga 1994 sebelum berkhidmat di Politeknik Kota Bharu (PKB) pada tahun 1994 sehingga 1998 dan Politeknik Merlimau Melaka (PMM) mulai tahun 1999 sehingga 2003.

Beliau yang juga merupakan anak ke 3 daripada empat orang adik beradik pernah memegang jawatan sebagai Pengarah di beberapa buah Politeknik dan Kolej Komuniti antaranya Kolej Komuniti Segamat 2, Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Bukit Beruang, Politeknik Metro Johor Bahru (PMJB), Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Politeknik Port Dickson (PPD).

Bersandarkan kepada pengalaman yang luas yang dimiliki, beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan di peringkat pengurusan tertinggi JPPKK apabila dilantik sebagai Pengarah Kanan (Kompetansi) mulai tahun 2020 sehingga ke hari ini.

Warga JPPKK, politeknik dan kolej komuniti mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau di sepanjang perkhidmatan dan semoga diberikan kesihatan dan kebahagiaan yang berterusan ketika berada di alam persaraan bersama keluarga tercinta.

SELAMAT BERSARA.



No comments:

Post a Comment

KEMASUKAN PELAJAR KE POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI MENINGKAT HAMPIR 20 PERATUS

  Kuala Lumpur, 27 Ogos (Bernama) - Kemasukan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM ke politeknik dan kolej komuniti meningkat hampi...